Lompat ke kandungan

Kenyataan rasmi · 9 Oktober 2026

FELIX JOSEPH SAANG RAKAM SOKONGAN KEPADA BELIA KG. BINANJAR

PAITAN, SABAH — Ketua Penerangan UPKO Malaysia merangkap Ketua Bahagian UPKO Beluran, Tuan Felix Joseph Saang, merakamkan sokongan kepada pasukan Belia Kg. Binanjar, Sugut yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Beluran yang berlangsung di Paitan. Sokongan kepada pasukan ini turut dizahirkan melalui Ketua CLC UPKO Sugut, Tuan Juli Apang, sebagai tanda keprihatinan terhadap penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan dan komuniti. Felix turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Penerangan UPKO CLC Sugut, Tuan Johnnetry Pingut, atas usaha dan komitmen beliau dalam membantu pasukan berkenaan. Menurut Felix, aktiviti sukan bukan sekadar pertandingan, tetapi turut memberi peluang kepada golongan belia untuk mengembangkan bakat, membina keyakinan diri dan memupuk semangat berpasukan. Aktiviti seperti ini juga mampu mengeratkan hubungan masyarakat serta menyemai semangat perpaduan dan kerjasama. UPKO Bahagian Beluran akan terus menyokong program dan aktiviti komuniti yang membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya inisiatif yang menggalakkan golongan belia melibatkan diri dalam kegiatan positif. Selamat maju jaya kepada pasukan Belia Kg. Binanjar, Sugut. Semoga dapat memberikan persembahan terbaik dan terus mengekalkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan. Dikeluarkan oleh: UPKO CLC SUGUT #BersamaKomuniti #UPKOCLCSugut #UPKOBeluran #BerbaktiSeadanyaSeikhlasnya
Kongsi
← Kembali ke Siaran Media