Lompat ke kandungan

Kenyataan rasmi · 17 September 2026

UPKO CLC SUGUT SAMBUT BAIK INISIATIF KERAJAAN MADANI SEMPENA HARI MALAYSIA

17hb September 2026 | Kota Kinabalu Tiga ikhtiar baharu melibatkan hak Sabah dan Sarawak serta bantuan terus kepada rakyat Ketua CLC UPKO Sugut, Juli Apang, menyambut baik beberapa inisiatif yang diumumkan Kerajaan MADANI sempena Sambutan Hari Malaysia, khususnya langkah yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak serta membantu mengurangkan beban rakyat. Beliau berkata, setiap inisiatif yang diumumkan perlu diteruskan dengan pelaksanaan yang berkesan supaya manfaatnya benar-benar sampai kepada golongan yang layak, termasuk masyarakat di kawasan luar bandar seperti Sugut. Antara pengumuman utama ialah peningkatan pemberian khas interim kepada Sarawak kepada RM1.5 bilion setahun, penambahbaikan kemudahan BUDI Diesel, serta bantuan khas RM500 bagi pembelian tiket penerbangan domestik untuk pelajar baharu IPTA yang layak. Menurut Juli Apang, perhatian berterusan terhadap hak Sabah dan Sarawak melalui kerangka MA63, di samping dasar yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, merupakan perkara yang penting dalam memperkukuh hubungan Persekutuan. “Kita menyambut baik setiap inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Yang paling penting ialah pelaksanaan yang jelas, berkesan dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak.” Diterbitkan oleh: UPKO CLC Sugut Bahagian Beluran, Sabah
Kongsi
← Kembali ke Siaran Media