
KOTA KINABALU, 14 OKTOBER 2026 — Wakil UPKO CLC Sugut mengadakan perjumpaan bersama Setiausaha Eksekutif UPKO Malaysia, Datuk William Sampil, di Ibu Pejabat UPKO bagi membincangkan perancangan program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan di daerah Paitan.
Perjumpaan ini menjadi peluang untuk bertukar pandangan, menyusun perancangan serta memperkukuh kerjasama bagi memastikan aktiviti yang dirancang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
UPKO CLC Sugut berharap agar perbincangan ini dapat membantu melancarkan pelaksanaan program akan datang demi kepentingan rakyat dan pembangunan komuniti Sugut.
Terima kasih kepada Datuk William Sampil atas kesudian meluangkan masa untuk perbincangan ini.
Bersama rakyat, berbakti untuk Sugut.
#UPKOCLCSugut #UPKOBeluran #BersamaKomuniti #BerbaktiSeadanyaSeikhlasnya
Kongsi
